Wangsa Melawati. Sept 6, 2014
Gerimis membadai menemani malam kelabu. Madah dewasa malam masih muda, kita anak remaja leka liburan dunia. Wahai anakanda permata hati bunda, pesan ibumu jangan dilupa, bahagia dunia tiada selamanya.
Indah irama malam ini bersama hujan. Setiap titisan mencurah, setitik keringat ayahanda. Wahai anakanda warisan budi keluarga Ilmu diberi agar agamamu dibela. Kenapa musnah impian punah cita-cita?
Waktu silam bermain kembali di kotak minda. Allah, hamba ini buta menilai keji dan mulia. Sering lupa cinta untuk Dia. Agama mencukupi sekadar nama. Ingin hidup selamanya, terbang tinggi dengan nikmat kurniaan percuma.
Kini aku mahu pulang, tunjukkanlah aku jalan. Di mana nak mula?
Maafkan Hafiz wahai semua! Tuhan akan menjaga dia.
Hafiz pergi dulu.

Allah, banyak dosa seorang hamba. Adakah ruang keampunan masih dibuka? Bagaimana jika sakaratul maut menjenguk di saat lena?
Aku menggigil. Ketakutan melanda hati. Jiwa kian rapuh. Air mata mengalir lagi dan lagi. Terasa kerdil dan hina di sisi Tuhan.
Maafkan Hafiz Ya Allah.
Maafkan Hafiz Ya Rasulullah.
Maafkan Hafiz ibu dan ayah.
Maafkan Hafiz adik abang serta saudara.
Maafkan Hafiz kenalan taulan dan teman.
Maafkan Hafiz wahai semua! Tuhan akan menjaga dia.
Hafiz pergi dulu.
Dear Allah, I was like a broken record that keep repeating the same Doa' over and over and over again. I won't give up hope.
Hafiz Al Muslim
No comments:
Post a Comment